Remaja lemas mandi di tasik

Mayat Muhammad Azzaly Azman, 15, yang merupakan pelajar SekolahMenengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ditemukan pukul 8.53 pagitadi.

KUALA LANGAT - Kegembiraan lima sahabat mengisi masa senggang diTaman Tasik Desa Kemandol, Jenjarom di sini bertukar tragedi denganseorang daripadanya ditemui lemas ketika mandi di tasik tersebuthari ini.

Mayat Muhammad Azzaly Azman, 15, yang merupakan pelajar SekolahMenengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ditemukan pukul 8.53 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukimanberkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa bersama empatrakannya dari sekolah yang sama telah ke tasik tersebut kira-kirapukul 3.30 petang semalam dari Telok Panglima Garang.

Katanya, tujuan lima sahabat itu adalah untuk beriadah dikawasan tersebut.

"Selepas sejam melepak di taman itu, mangsa bersama duasahabatnya telah turun mandi di tasik berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa didapati tenggelam ketika hendak keseberang tasik kira-kira setengah jam selepas mandi tasik itu,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, sepasukan anggota daripada Balai Bomba danPenyelamat Cyberjaya tiba di lokasi kejadian pukul 6.21 petangsemalam bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat (SAR). 

Ujarnya, bagaimanapun mayat mangsa hanya ditemui pagi tadi padajarak 15 meter dari tebing tasik taman tersebut.

廣告-請繼續往下閱讀

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedahsiasat dan disahkan mati akibat lemas tanpa sebarang unsurjenayah. 

"Jenazah mangsa telah dituntut oleh pihak keluarga untukdikebumikan," jelasnya. 

 

Pelajar lemas mandi tasik

BANTING: Seorang pelajar lemas ketika mandi bersama empatrakannya di Tasik Taman Desa Kemandol, Jenjarom, di sini,semalam.

 

Bagaimanapun, mayat mangsa, Muhammad Azzaly Azman, 15, yang jugapelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya ditemuipasukan penyelamat pada jam 8.53 pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman,berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakansekolahnya itu pergi ke tasik berkenaan, pada jam 3.30 petangsemalam.

 

 

Mayat Muhammad Azzaly Azman, 15, yang merupakan pelajar SekolahMenengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ditemukan pukul 8.53 pagitadi.

“Mereka yang datang dari Telok Panglima Garang dan Sijangkangitu dipercayai mahu beriadah di kawasan berkenaan.

 

“Kira-kira sejam kemudian, tiga daripada mereka termasuk mangsaturun untuk mandi di tasik berkenaan.

 

“Namun, mangsa didapati tenggelam ketika hendak menyeberangitasik dan tidak lagi timbul manakala dua rakannya berjaya naik keatas tebing,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

廣告-請繼續往下閱讀

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dananggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba dilokasi kejadian bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat pada jam6.21 petang.

 

“Mayat remaja lelaki itu berjaya ditemui pada jarak 15 meterdari tebing tasik berkenaan pagi tadi.

 

“Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasatdan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

Azizan berkata, jenazah Allahyarham sudah dituntut keluargauntuk urusan pengebumian.