Jururawat cedera dilibas bilah kipas stabil

Jururawat cedera dilibas bilah kipas stabil

 

Seorang jururawat cedera selepas bilah kipas tercabut sebelummenimpanya ketika melakukan tugas di SMK Damai Jaya, Skudai, JohorBahru, Johor, Selasa lalu.

JOHOR BAHRU - Seorang jururawat pergigian wanita mengalamikecederaan selepas kipas siling tercabut dan terjatuh ke atasnyaketika melakukan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) diSekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Skudai Selasa lalu.

Tiga keping gambar berhubung kejadian itu tular di laman sosialsejak semalam menunjukkan muka jururawat berlumuran darah selainbilah kipas yang tercabut.

 

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, kejadian itu berlaku keatas seorang petugas Penolong PerkhidmatanKesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah(Tuta), Skudai.

Susulan itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd. Azizmengesahkan kejadian itu menimpa petugas PPK Selesa lalu.

"Saya ada terima mengenai perkara ini, mangsa merupakan seorangPenolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian TamanUngku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

"Bagaimanapun kecederaan yang dialami petugas ini tidak lahserius dan sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, beliau jugaturut diberikan cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh," katanyaketika dihubungi di sini hari ini.

廣告-請繼續往下閱讀

 

 

 

Bilah kipas yang patah dan terkena jururawat (kanan) dalamkejadian di SMK Taman Damai Jaya, Skudai pada 15 April lalu. - Fotoihsan Malaysian Response Team

Misi cedera ditimpa bilah kipas siling

 

 

JOHOR BAHRU: Seorang jururawat cedera ditimpa bilah kipas silingketika menjalankan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) disebuah sekolah di Skudai, di sini.

 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz, berkatakejadian terbabit dilaporkan berlaku di bilik rawatan sekolahberkenaan, Selasa lalu.

 

“Saya maklum mengenai perkara ini manakala mangsa adalah seorangPenolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian TamanUngku Tun Aminah (TUTA) Skudai.

 

 

“Bagaimanapun, kecederaan dialami petugas ini tidak serius dandia sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, Hospital SultanahAminah (HSA).

 

“Dia turut diberi cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Dr Selahuddeen berkata, kejadian dipercayai berpunca daripadasebilah kipas siling dalam bilik rawatan berkenaan tercabut sebelumjatuh terkena badan petugas itu.

 

Katanya, kipas dalam bilik itu dilaporkan sudah usang manakalasatu daripada bilahnya tercabut.

 

“Bukan keseluruhan kipas yang jatuh dan menghempap petugas ituseperti yang tular di media sosial.

廣告-請繼續往下閱讀

 

“Pegawai kami sudah menemui mangsa manakala siasatan akandijalankan kerana ia membabitkan keselamatan kakitangan,”katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Keselamatan danKesihatan Pekerja.

 

Kes berkenaan tersebar luar di laman sosial menerusi beberapakeping gambar yang dimuat naik memperlihatkan seorang jururawatKementerian Kesihatan dirawat dengan keadaan masih beruniform.

 

Gambar itu turut memaparkan mata jururawat itu dibalut kain,selain kesan darah pada pakaian seragamnya.