KPM perluas Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta - Maszlee

KPM perluas Program Intervensi Murid Sekolah TahfizSwasta - 

Maszlee

 

Pada fasa pertama ketika ini, sebanyak empat sekolah arusperdana telah mengambil bahagian dan jumlah sekolah berkenaan akanditambah dari semasa ke semasa. - Gambar fail

NILAI: Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta untukmembantu sekolah tahfiz memastikan pelajar-pelajar pusat pengajianitu mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasarankerja, akan diperluaskan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ianyamerupakan satu pendekatan strategik bagi memberi peluangkepada pelajar tahfiz yang akan menduduki Peperiksaan SijilPelajaran Malaysia (SPM), mengikuti pelajaran dan pembelajaransecara formal dan bersistematik di sekolah Kementerian PendidikanMalaysia (KPM).


Katanya, pada fasa pertama ketika ini, sebanyak empat sekolaharus perdana telah mengambil bahagian dan jumlah sekolah berkenaanakan ditambah dari semasa ke semasa.

 

 


Tambahnya Program Intervensi ini merupakan inisiatif pendidikansecara intensif dan bersistematik kepada murid tahfiz swastaberdaftar berumur 17 hingga 18 tahun sebagai persediaan sebelummenduduki peperiksaan SPM.


KPM menyediakan pendidikan secara formal kepada murid tahfizswasta melalui pengajaran dan pembelajaran enam mata pelajaranteras yang disampaikan oleh guru kementerian di premis KPM sebagairuang dan peluang kepada mereka berada dalam sistem arus perdanapendidikan.

廣告-請繼續往下閱讀


"Kementerian Pendidikan menyediakan pendidikan arus perdanakepada pelajar tahfiz swasta agar mereka dapat mendudukipeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka boleh belajardengan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri di premiskita iaitu di sekolah.

"Pendekatan strategik ini akan membawa dimensi baru dalam aruspendidikan negara bagi memberi peluang pelajar tahfiz mengikutiP&P (Pelajaran dan Pembelajaran) secara formal, lebihbersistematik dan menduduki peperiksaan SPM,” katanya kepadapemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran ProgramIntervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di sini hari ini.


Program itu dilaksanakan secara rintis di SMK Bekok, Segamat,mulai 2017 membabitkan pengambilan 30 murid dan diikuti 24 oranglagi pada tahun lalu.


Beliau berkata, pelaksanaan program itu di SMK Desa Cempakamenggunakan model rakan strategi dengan pengambilan murid tahfizswasta daripada Maahad Tahfiz Al-Quran An-Najihah, Kampung Jijan,Nilai.


Beliau berharap agar program intervensi ini mendapat kerjasamayang wajar dari semua pihak yang terlibat sama ada pihak KPM dansekolah tahfiz swasta kerana program ini memberi impak yang sangatpositif khususnya keyakinan dari aspek akses pendidikan yangberkualiti di sekolah KPM.


Bagi fasa pertama, program ini dilaksanakan di SMK Bekok,Segamat, Johor, SMK Benut, Pontian, Johor, SMK Desa Cempaka, danNaahad Tahfiz Al-Quran An-Najihah, Nilai, Negeri Sembilan.

 

 

 

Ingin masukkan anak ke sekolah tahfiz, yang manaterbaik? Boleh cuba tips ni

 

 

Mula-mula sekali kita sebagai ibu bapa kita perlu tahu apatarget kita terhadap anak-anak.

Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza, jadi jalanpengajian mereka juga tidak akan sama.

Ada dua senario bagi Pengajian Tahfiz.

廣告-請繼續往下閱讀

1. Menghafaz Al-Quran semata-mata, tanpa ada pengajian akademik,dan tanpa menduduki apa-apa peperiksaan awam, ini yang telahdiikuti oleh empat orang anak lelaki saya.

2. Pengajian Tahfiz dengan Akademik, dan melalui semuapeperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan seumpamanya.

 

Tip memilih sekolah tahfiz

Kedudukan atau Geografi

Pilih sekolah tahfiz yang kedudukannya agak jauh dari kesibukankota. Misalnya di kawasan kampung atau sedikit pedalaman. Keadaanini membantu anak-anak anda memberi fokus lebih maksima dalam usahamereka menghafal al-Quran.

Latar belakang

Sebaik-baiknya carilah tempat yang lebih ‘veteran’ yang telahbanyak melahirkan huffaz yang berjaya. Tidak menjadi masalah jikalebih berminat kepada sekolah-sekolah tahfiz yang lebih baru, namunsebaik-baiknya selidiklah prestasi sekolah tersebut terlebihdahulu.

Guru

Pilihlah sekolah tahfiz yang mempunyai guru tahfizberpengalaman. Sebuah sekolah yang mempunyai bilangan guru tetaplagi berpengalaman menunjukkan kecemerlangan serta iltizam sekolahyang tinggi dalam misi dan visi mereka.

Sistem

Pilih sekolah tahfiz yang mempunyai sistem pengajian yang baik.Sistem yang dimaksudkan adalah sistem tahfiz yang tersusun dankonsisten.

Bi’ah Tarbiyyah

Berilah keutamaan untuk memilih sekolah tahfiz yang mempunyaisuasana mendidik atau bi’ah tarbiyyah yang baik.

Kebanyakan sekolah tahfiz – terutama yang 'veteran' – sudahsebati dengan keadaan ini. Pelajar dibiasakan berjubah, berserban,wajib solat berjemaah dan sebagainya. Ini penting bagi menjadikanjiwa anak-anak terdidik dan lembut seterusnya memudahkan al-Quranmendiami hati-hati mereka. Sebaik-baiknya, 40 hari pertama janganbenarkan mereka balik ke rumah.

Biarkan mereka benar-benar sebati dengan keadaan madrasah,Insya-ALLAH mereka akan lebih mudah melalui proses seterusnya.