Ini panduan jika guru atau pelajar tersesat di hutan

Ilmu survival dan pengalaman perkhemahan membantu individu untuksurvival sekiranya tersesat di dalam hutan.

Ini panduan jika guru atau pelajar tersesat dihutan

 

Ini antara panduan apa yang boleh dibuat jika guru atau pelajartersesat di hutan:

1. Jangan panik dan kekal positif

Perlu proaktif mempraktikkan apa sahaja ikhtiar sementaramencari jalan keluar atau menunggu bantuan.

2. Buat unggun api

Elak gangguan haiwan liar

Memanaskan badan pada waktu malam

Boleh memasak

Asapnya pula membantu menjadi panduan petugas terlibat dalamoperasi mencari dan menyelamat

3. Cari tempat berlindung

Daripada cuaca buruk

Serangan haiwan liar ataupun

haiwan berbisa

4. Ikut laluan ke hilir sungai

Alirannya akan menghala ke arah sungai besar dan laut.

Kebiasaannya terdapat penempatan manusia di sekitar hilirsungai

Boleh dijadikan sumber air bagi meneruskan survival di dalamhutan

5. Pergi ke tempat tinggi

Untuk meninjau persekitaran

Memudahkan dikesan berbanding berada di lembah

Memantulkan cahaya menggunakan cermin

Buat tanda SOS untuk mendapatkan

廣告-請繼續往下閱讀

 

RahsiaSurvival Umaisarah - 19 Hari Sesat diGunung Tahan

Petikan Utusan Malaysia: UMAI TIDUR DI CELAH BATU, MINNUM AIRSUNGAI 19 HARI

Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI

KUANTAN 26 Feb. – Langsung tidak menjamah makanan dan cuma minumair sungai serta setiap malam kesejukan tidur di celah batu adalahantara pengalaman perit Nur Umaisarah Sameaun, yang hilang selama19 hari di Gunung Tahan.

Kesengsaraan menahan lapar dan cuma meneguk air dari SungaiPutih sejak hilang dari kumpulan rakannya pada pagi 7 Februarilalu, tidak membuatkan gadis berusia 21 tahun itu berputus asauntuk terus bertahan.

Nur Umaisarah mengatasinya dengan cara setiap kali tiba waktumakan tengah hari atau malam, dia memejamkan mata danmembayangkan dirinya sedang menikmati hidangan yanglazat.

Sementara itu, ditanya mengenai rahsia kekuatannya bertahantanpa makanan sepanjang berada di dalam hutan, Nur Umaisarahmemberitahu:

“Walaupun saya terlalu lapar dan berlaku beberapa insidenmenyebabkan saya cedera tetapi saya tidak pernah panik, mungkinitulah yang memberi kekuatan untuk saya terus bertahan.”

Komen Aurakaya:

Pada tahun 1997, saya juga pernah mengikuti ekspedisi mendakigunung tertinggi di Semenanjung ini. Dalam banyak-banyak gunungyang pernah saya daki termasuk gunung tertinggi di Asia Tenggara(Gunung Kinabalu), ternyata Gunung Tahan memiliki cabarannya yangtersendiri. Hanya sesiapa yang benar-benar 'tahan' saja layak untukmenawan puncak Tahan.

廣告-請繼續往下閱讀

Kisah Umaisarah yang tersesat dalam ekspedisi tersebutmembuatkan saya 'recall' semula pengalaman ekspedisi saya 11 tahunlalu. Saya juga boleh rasakan bagaimana payahnya beliau meredahdenai dan sungai secara berseorangan tanpa bantuan rakan.

Ternyata beliau seorang yang cukup cekal, berani, gagah dantabah dari segi mental dan spiritual apatah lagi ketika menghadapisemua rintangan. Bukan semua orang terutamanya wanita dapatmenguasai diri dari perasaan takut apabila menjelang waktu malam.Apatah lagi jika pernah mendengar kisah-kisah mistik yang adasekitar Gunung Tahan.

Suasana malam di hutan belantara amat berbeza sekali.Macam-macam boleh terjadi. Binatang buas boleh muncul padabila-bila masa. Jika anda tidak risaukan gangguan mistik ataubinatang buas sekalipun, harus diingat haiwan berbisa seperti lipandan jengking ada di mana-mana di dalam hutan. Begitulah risikonyabermalam di dalam hutan, apatah lagi selama 19 malam.

Oleh itu saya amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan olehUmaisarah yang terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan ritangansemasa beliau sesat selama 19 hari di dalam hutan. 19 hari hidupdalam keadaan serba kekurangan sememangnya memeritkan terutamanyaapabila kehabisan bekalan makanan.

Sebenarnya rahsia terbesar dalam kes survival Umairah ini datangdari Body, Mind and Soul beliau. Beliau tidak panik, minda beliaudalam keadaan tenang dan tidak stress, membolehkan beliau terusbefikiran waras termasuk melakukan visualisation.

Samada beliau memahami konsep visualization atau tidak, namunbeliau telah mengaplikasikannya dengan baik sekali. Beliaumembayangkan apa yang beliau minum itu sebenarnya adalah satuhidangan yang lazat.

Soul (spiritual) beliau juga amat kuat, kerana beliau samasekali tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu dan sering berdoakepada yang Maha Kuasa. Dengan kuasa spiritual yang ada dalam diri,beliau yakin bahawa Allah SWT akan melindungi dirinya sepanjangsesat di dalam hutan.

廣告-請繼續往下閱讀

Gabungan Minda dan Spiritual ini turut membantu Body (jasad)beliau untuk terus bertenaga. Dengan cara ini minda separa sedarnyaakan menghantar signal kepada seluruh jasad beliau memberitahusupaya mempercayai apa yang diminum itu adalah makanan yang lazatdan berkhasiat membolehkan badan beliau terus gagah mengharugicabaran hari-hari seterusnya dengan kuasa Allah.