Cukup hanya 3 atau 4 orang dalam satu kumpulan..ini pesan Cikgu Ajwad pada pelajar

 

Bila ditanya pada pelajar sekarang..

"Anda suka belajar berkumpulan atau belajar secara individu?

 

Jawapan yang diterima, pasti pelbagai bukan.

Ada pelajar yang gemar belajar secara berkumpulan dan tidakkurang juga yang suka belajar secara individu.

Apa yang penting, ikut keselesaan dan cara pelajar itu sukakerana kedua-dua kaedah itu, tetap memfokuskan kepada kecemerlangandalam pelajaran.

Bagi yang memilih untuk 'study group',posting Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad)bolehdicontohi pelajar di luar sana.

Jom kita hadam sama-sama...

 

 

Belajar berkumpulan atau study group adalah antara cara yangterbaik untuk mengulang kaji.

Tapi bukan mudah nak membentuk kumpulan belajar yang baik.

Selalunya, belajarnya sekejap, masa bermain dan berhibur yanglebih.

Ini adalah 4 tip membentuk kumpulan belajar yang bermanfaat.

 

1) Keluar dari zon selesa anda

Untuk membentuk kumpulan belajar, adalah lebih baik dijalankanbersama-sama rakan yang kurang anda kenali,(senang kata bukan gengsangat). Ini dapat membantu anda membentuk perspektif yang baru danlebih fokus kerana anda tahu kumpulan ini adalah kumpulan belajar.Bukan tak boleh kumpulan belajar dengan geng sendiri, cumaselalunya lebih main dari belajar.

 

2) Kumpulan dalam bilangan yang kecil

Bilangan kumpulan dalam 3 orang pelajar adalah baik.

廣告-請繼續往下閱讀

Empat orang pelajar adalah bilangan yang ideal dan 6 orangpelajar sudah dianggap maksimum.

Jika melebihi 6 orang pelajar dikhuatiri tidak cukup masa untukmengajukan dan berbincang persoalan.

Selain itu, digalakkan juga mempunyai seorang mentor atau tutoruntuk mengawal hala tuju kumpulan.

Pepatah "semakin ramai semakin meriah" tidak sesuai dalamkumpulan belajar.

Jika kumpulan belajar dalam bilangan yang ramai dikhuatiri“semakin ramai semakin hilang hala tuju”

 

3) Siapkan plan tindakan sebelum kelas

Setiap pelajar mempunyai panduan dari segi topik dan bab yangmereka akan pelajari sama ada diperoleh daripada guru mahupun daribuku.

Selain itu boleh juga merujuk kepada objektif bagi setiap babdalam setiap subjek.

Jadi rancangkan objektif perbincangan kumpulan sesuai denganpanduan tersebut.

Jika tidak pasti sama ada objektif yang anda rangka itu baikatau tidak, bolehlah rujuk dengan guru di sekolah.

 

4) Pilih tempat yang baik dan masa yang sesuai

Sebaiknya pilihlah tempat yang senyap. Rumah rakan, ruang kelasatau bilik belajar yang kosong adalah sesuai.

Menjalankan kelas di kafeteria juga pilihan yang baik asalkankelas tidak dijalankan pada waktu makan. Waktu makan, ramaipengunjung di kafeteria mungkin mengganggu tumpuan belajar.

Antara petua memilih masa ialah tetapkan masa yang setiap ahlikumpulan boleh hadir dan setuju untuk hadir.

Bila dah setuju untuk “join” kenalah komited.

 

Sumber: Facebook Ajwad Ghali (CikguAjwad)

KelebihanStudy Group

Setiap orang pelajar atau individu mempunyai gaya tersendiriapabila belajar, lebih-lebih lagi apabila belajar di luar waktupembelajaran daripada dalam kelas. 

Walau apa pun, teknik belajar berkesan adalah penting dan perludirasionalkan kepada pelajar untuk menolong mereka mengatasimasalah pembelajaran supaya pembelajaran mereka menjadi lebihberkesan... Salah satu cara belajar yang berksan ialah belajarsecara berkumpulan atau disebut Study Group. 

廣告-請繼續往下閱讀

Apabila kita mengajar atau memberitahu orang lain tentangsesuatu ilmu atau konsep dengan tidak secara langsung prosespeningkatan daya ingatan dan kemahiran berlaku kerana idea itukeluar secara berulangkali semasa perbincangan. Unsur-unsur initerdapat apabila kita belajar secara berkumpulan. 

Sebaik-baiknyabilangan ahli dalam satu kumpulan untuk study group ialah 4 hingga5 orang dan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua.Ketua seharusnya mempunyai personaliti yang baik dan dipercayairakan yang boleh mengendalikan kumpulan dengan baik. Semua ahlihendaklah mematuhi arahan ketua. 

Sebolehnya pilih tarikh dan tempat dan tajuk yang dipersetujuibersama oleh ahli kumpulan. Apabila sesi perbincang berjalan , isikandungannya nya hendaklah dicatat oleh seorang pencatat yang jugadilantik dikalangan mereka. 

廣告-請繼續往下閱讀

Semasaperbincangan ahli kumpulan perlu menyediakan alatan dan sumber yangmencukupi sesuai dengan mata pelajaran yang dipilih. Sebaik-baiknya semua ahli duduk secara berhadapan dengan ahli kumpulan lainsupaya interaksi antara ahli dapat didengar dan difahami denganlebih jelas. Anda digalakkan juga duduk dalam bentukbulatan. 

Pemantauandaripada guru mata pelajaran sangat penting untuk memastikanprogram berjalan dengan lebih berkesan dan mencapai objektif.Kehadiran guru semasa sesi perbincangan akan memberi keyakinan danmotivasi untuk lebih bersungguh-sungguh menghadapipelajaran. 

廣告-請繼續往下閱讀

Hasildaripada sumbangsaran daripada ahli-ahli akan lebih banyak dapatmengumpul maklumat dan isi-isi penting tentang apa yangdibincangkan. 

Pelajar-pelajardapat menjimatkan masa belajar mereka kerana dalam satu sesipembelajaran dalam bentuk perbincangan akan menghasilkan banyakidea yang tercetus daripada rakan-rakan dalam kumpulan. 

Pembelajaransecara berkumpulan juga akan lebih meningkatkan minat pelajar danmenjadikan suasana pembelajaran lebih efektif. Bertukar-tukar bukuatau sebarang sumber boleh menjimatkan bahan pembelajaran danmenambah koleksi yang boleh dijadikan nota-nota penting. 

廣告-請繼續往下閱讀

Rasamalas belajar dapat dikurangkan kerana setiap individu seharusnyamenyediakan point-point penting untuk diketengahkan di dalam sesipembelaran nanti. Persediaan setiap individu ini akan menjadikanmereka lebih teruja apabila berada di dalam kumpulan. 

Tolongmenolong, berkerjasama dan saling membantu dapat dipupuk antararakan sebaya. Ini akan mengeratkan hubungan siratulrahim danukhuwwah dikalangan mereka. 

Apabilamenghadapi sesuatu subjek yang sukar sekurang-kurangnya dapatmengelakkan rasa bosan dan jemu. Jika masalah ini ditemui semasabelajar berseorangan kemungkinan masalah kesukaran tersebut tidakdiatasi, hasil daripada perbincangan tersebut. 

廣告-請繼續往下閱讀

Studygroup juga boleh membantu pelajar dan dengan secara tidak langsungdapat meningkatan kefahaman sesuatu konsep, memperkukuhkan dayaingatan terhadap kandungan isi pelajaran. 

Kesopanandan batas susila perlu dijaga dengan baik, lebih-lebih lagi jikaterdapat ahli kumpulan yang berlainan jantina. Tapi jika dapatdielakkan, lebih baik hanya satu jantina sahaja berada dalamkumpulan yang sama. 

廣告-請繼續往下閱讀

Secaraumumnya boleh dikatakan belajar kumpulan adalah lebih baik daripadabelajar bersendirian dan banyak manfaatnya apabila dilaksanakandengan mengikut peraturannya, berdisiplin, bersungguh-sungguh danpenuh berhikmah dan tidak membuang masa dengan