Beg mahal dan gelang emas ni untuk aku? Guru terkejut terima hadiah anak murid

 

 

“Beg mahal dan gelang emas ni untuk aku?”- Guru terkejut terimahadiah anak murid

 

Kebiasaannya seseorang itu hanya akan dapat hadiah istimewa dariinsan tersayang ketika ulang tahun perkahwinan atau hari lahir.Sama ada hadiah berupa sejambak bunga, barangan kemas atau aksesoripenampilan.

Namun berbeza situasinya bagi Cikgu NorejeAthifAsyraf atau nama sebenarnya, Siti Norizan Omar,yang pernah menerima beberapa hadiah mewah daripada seorang pelajartingkatan 4, lapan tahun  lalu.

Antara hadiah Hari Guru yang pernah diperoleh oleh CikguNoreje

Hadiah bernilai ratusan ringgit dari pelajarbernama Chong Kah Wei itu, membuatkanCikgu Noreje AthifAsyraf menitiskan air mata kerana terkejut. Diatidak menyangka, pelajar yang terkenal dengan sikapnya yang ceriadan baik hati, bermurah hati menghadiahkannya pemberian mahal danmewah.

廣告-請繼續往下閱讀

"Semoga saya dapat jumpa pelajar ni lagi,"- Cikgu Noreje

Ujar guru SMK Banting ini, kenangan manis Hari Guru tersebutberlaku ketika dia mengajar di SMK Khatolik Petaling Jaya,Selangor. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, dia sama sekali tidakakan melupakan detik bersejarah itu sampai bila-bila.

 

“Dia sangat baik dan sentiasa menghormati cikgu. Kebiasaannyabila tiba Hari Guru, dan Tahun Baru Cina, dia dan ibunyalah yangpaling sibuk bagi hadiah pada semua cikgu. Malah, pernah jugasebelum ini dia berikan pen yang sudah dicop namanya kepada semuacikgu,”katanya.

Chong Kah Wei

Kata Noreje, pemberian paling mahal dan mewah yang pernahditerimanya adalah gelang tangan emas dan juga beg tangan bernilairatusan ringgit.

"Jujurnya saya memang terkejut, tak sangka dapat hadiah gelangemas sempena Hari Guru dan juga angpau RM100 masa Tahun BaruCina.

 

“Malah, sebelum ini, dia juga pernah menghadiahkan saya begtangan jenama BONIA bernilai RM800, sebab tengok beg saya yangsudah lusuh,”jelasnya terharu.

廣告-請繼續往下閱讀

Cikgu Noreje berdiri dua dari kanan, bersama beg pemberian ChongKah Wei

Terang Cikgu Noreje lagi, dia sangat berharap agar Chong Kah Weimenjadi seorang yang berjaya pada masa depan. Sentiasa merendahdiri dan berbuat baik pada sesiapapun.

“Sifat mulia yang ada dalam diri dan juga didikan terbaik ibubapanya, menjadikan pelajar ini sentiasa di senangi guru. Walaupunkaya raya tetapi tidak sombong, berbudi bahasa dan menghormatiguru-guru. Semoga saya dapat bertemu lagi anak didik saya ini padamasa akan datang,”katanya.